Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - 23 anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memecah masuk Hawzah Imam Ali bin Musa Ar-Ridha kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan merosakkan peralatan di dalamnya. Dalam serbuan malam tadi penguatkuasa JAIS membuka pintu gril dengan pemotong besi kerana tiada sesiapa di dalam Hawzah. Selain itu penguatkuasa didapati merosakkan pintu, almari dan merampas sejumlah wang tabung.Menurut laporan selangorku.com, pencerobohan anggota JAIS dibuat sebelum mendapat waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling.“Kita menyita beberapa buku, poster dan yang lain dengan fahaman Syiah termasuk kertas kerja yang dibuat di Universiti Malaya (UM).“Mereka dipercayai membuat ‘post mortem’ hasil kertas kerja dan ada penyebaran fahaman itu di kalangan mahasiswa,” katanya kepada wartawan selepas operasi itu.“Kita menyerahkan notis salinan kepada pihak premis mengenai bahan yang disita dan meminta mereka tampil untuk memberi keterangan,” katanya.Mazhab Syiah pernah difatwakan sebagai salah satu daripada ikutan hukum syarak, namun difatwa haram oleh Jabatan Mufti Selangor sejak 1998 setelah gerakan Wahhabi melancarkan fitnah di seluruh.siasatan dibuat mengikut Seksyen 12C iaitu menghina pihak berkuasa agama (mengingkari arahan daripada Jabatan Mufti Selangor) dan Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.Gambar operasi JAIS (27/9/2013 sumber NST) :







Kerosakan angkara serbuan JAIS







27 September 2013 - 20:30
News ID: 467413
Anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggeledah Hawzah Ar-Ridha dan merampas bahan-bahan yang berkaitan dengan ajaran Syiah termasuk wang tabung sebelum mendapat waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling.